Tuesday, December 13, 2022

Mula langkah di KLIA

Isnin, 12 Dec 2022

UMRAH KEMBARA TA'LIM (12 days 10 Nights) 

 Kami berkumpul di KLIA seawal jam 9 malam. Ada pelbagai checklist to-do selain urusan pendaftaran masuk bagasi dan penumpang jemaah umrah. Alhamdulillah semua nya lancar walau ada sedikit rushing semasa ke pintu gate 3, sebab solat isyak di surau tadi. Settle.


02:15 am  naik Saudi Airlines menjadi musafir ke Bumi Anbiya'. Perjalanan dari Agensi tetapkan kami akan berada 1 malam di Taif, kemudian 5 malam di Mekah kemudian 4 malam di Madinah. Mohon doakan perjalanan kami diberkati Allah.

Anak-anak tinggal dengan ibu baik-baik yaa.. Jangan gaduh kuat sangat. Abang jaga adik, adik jaga abang.. Princess? Tu biasa laa.. Odah kan Princess.. tugas dia lain. Haha.


Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya.

Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.

Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah.

Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

SV841 - 13DEC KUL-JED  02:15 am / 06:20 am
SV830 - 23DEC MED-KUL 22:15 pm / 11:50 am

Wednesday, December 7, 2022

Larangan Ketika Berada Dalam Ihram

Dalam Ibadah Umrah atau haji, setiap Jemaah perlu mematuhi larangan-larangan Ihram setelah berniat di Miqat sebagai syarat wajib ibadah. Dalam Ihram, cara pemakaian adalah antara perkara yang perlu dipatuhi. 

 13 Larangan Ketika Berada Dalam Ihram.

Jika jemaah melakukan larangan-larangan dalam Ihram ada denda/dam yang akan dikenakan mengikut jenis larangan yang dilanggar. 


LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI LELAKI SAHAJA

  • Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari dan tumit, kain pelikat dan sebagainya. 

  • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.


LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI WANITA SAHAJA

  • Menutup muka

Note: Sekiranya seorang yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang atau menutup muka dengan kain dan sebagainya, kerana terlupa atau tidak sengaja.

Hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian dia dikenakan dam takhyir dan takdir.

Sekiranya seorang dalam ihram ada keperluan untuk memakai pakaian yang dilarang dia tidak berdosa tetapi wajib keatasnya untuk membayar dam.


LARANGAN UMUM (LELAKI & WANITA)

Larangan ini adalah dikenakan untuk lelaki dan wanita

  • Memakai sarung tangan. Larangan ini adalah dikenakan untuk lelaki dan wanita. 

  • Memakai bau-bauan di bahagian badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. Ubat gigi, sabun dan shampoo, Minyak angin. Walaupun bahan-bahan ini berbau wangi, tetapi dibenarkan kerana bertujuan untuk kebersihan bukan untuk berwangi-wangian.  

  • Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi. 

  • *Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan. 

  • *Mengerat atau memotong kuku.

Jika seseorang berada dalam ihram menanggalkan rambut atau bulu dan kuku secara sengaja ataupun tidak atau terlupa, dia tetap dikenakan dam takhyir dan taqdir. Tidak berdosa jika tidak sengaja atau terlupa, tetapi berdosa jika dilakukan dengan sengaja. Tapi jika tertanggal sendiri tidak dikenakan dam.

  • Memotong/ menebang/ mengerat/ mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah. Ini pantang-larang yang tidak boleh dilakukan dalam Tanah Haram itu sendiri bukannya berkait dengan ihram tau. 
  • Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram. 
  • Melakukan pendahuluan persetubuhan. 
  • Bersetubuh. 
  • Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin.

Ada larangan yang tidak sengaja dilakukan dan tidak perlu membayar dam. Ada juga larangan yang tidak sengaja dilakukan tetapi tetap dikenakan dam. Sebab ada hikmah yang Allah ingin tunjukkkan.

 

Sekian, Terima Kasih.

9M2FAD
rizalrelichunter

Tuesday, December 6, 2022

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.dgn itu kite ada saham..hehe"

Sunday, July 1, 2012

Ape yang Aku mahu..


Aku pun tak tahu hala tuju blog aku ni. tp wat masa ni takpelah kan kalau ia rojak je... lgpun aku tak de follower lg. Bedal je ape yg ada skg ni. Niat murni nak mengimarahkan blog ni semula.. Nak menaikkan martabat nye setelah sekian lama bersawang. Tp kan.. tul ke sesuai jd kan blog sebagai diari? Aku ni jenis payah nk cite kisah pd org.. lg sedap telan sorang2. but, seperti pembuka kata.. aku nak all out sejak dari hari ni. Next kalau dah dpt ilham.. Baru aku akan update mengikut acuan tertentu. tq~!

Shif baru.. Azam baru.

sekian lama aku tak tulis.. bermula dari hari ni.. aku ingat, nk upside down kan aku nye blog ni.. nk jd diari lak.. kalau mahu membeli barangan exclusive labu sayong.. masih boleh, just order. cuma aku kesian tgk blog ni yg begitu usang skali. meh cni aku conteng. ni lebih kurang mcm azam baru lah.. shif baru azam baru lah. ok!