Dalam Ibadah Umrah atau haji, setiap Jemaah perlu mematuhi larangan-larangan Ihram setelah berniat di Miqat sebagai syarat wajib ibadah. Dalam Ihram, cara pemakaian adalah antara perkara yang perlu dipatuhi.
13 Larangan Ketika Berada Dalam Ihram.
Jika jemaah melakukan larangan-larangan dalam Ihram ada denda/dam yang akan dikenakan mengikut jenis larangan yang dilanggar.
LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI LELAKI SAHAJA
- Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.
- Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.
LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI WANITA SAHAJA
- Menutup muka
Note: Sekiranya seorang yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang atau menutup muka dengan kain dan sebagainya, kerana terlupa atau tidak sengaja.
Hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian dia dikenakan dam takhyir dan takdir.
Sekiranya seorang dalam ihram ada keperluan untuk memakai pakaian yang dilarang dia tidak berdosa tetapi wajib keatasnya untuk membayar dam.
LARANGAN UMUM (LELAKI & WANITA)
Larangan ini adalah dikenakan untuk lelaki dan wanita
- Memakai sarung tangan. Larangan ini adalah dikenakan untuk lelaki dan wanita.
- Memakai bau-bauan di bahagian badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. Ubat gigi, sabun dan shampoo, Minyak angin. Walaupun bahan-bahan ini berbau wangi, tetapi dibenarkan kerana bertujuan untuk kebersihan bukan untuk berwangi-wangian.
- Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi.
- *Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan.
- *Mengerat atau memotong kuku.
Jika seseorang berada dalam ihram menanggalkan rambut atau bulu dan kuku secara sengaja ataupun tidak atau terlupa, dia tetap dikenakan dam takhyir dan taqdir. Tidak berdosa jika tidak sengaja atau terlupa, tetapi berdosa jika dilakukan dengan sengaja. Tapi jika tertanggal sendiri tidak dikenakan dam.
- Memotong/ menebang/ mengerat/ mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah. Ini pantang-larang yang tidak boleh dilakukan dalam Tanah Haram itu sendiri bukannya berkait dengan ihram tau.
- Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram.
- Melakukan pendahuluan persetubuhan.
- Bersetubuh.
- Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin.
Ada larangan yang tidak sengaja dilakukan dan tidak perlu membayar dam. Ada juga larangan yang tidak sengaja dilakukan tetapi tetap dikenakan dam. Sebab ada hikmah yang Allah ingin tunjukkkan.
Sekian, Terima Kasih.
9M2FAD
rizalrelichunter
No comments:
Post a Comment