Saturday, June 28, 2008

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yang nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa....
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan
'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika
azan, jika tidak Allah akan kelukan
lidahnya ketika maut menghampirinya.
"Ini jelas menunjukkan, kita disarankan
agar mendiamkan diri, jangan berkata
apa-apa pun semasa azan
berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar
berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa
ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata
ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya
ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa
yang dapat mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk
mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa
nyawa
kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami
dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah. ." semasa sakaratul
maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

p/s: moga-moga kite semua renungkan la ini..kadang2 bukan kite takmo jd lebih baik dr diri kite..tp mungkin kite tak cukup kuat..ape yg perlu kite wat.. usaha..usaha..ikhtiar..doa.tawakal.. insyallah =)

No comments: