Thursday, August 28, 2008

Begitu Indah

Begitu Indah (Cinta)
oleh: 6ixth Sense

Bila cinta tak lagi
Ada di dunia
Akankah dirimu kan jadi kekasihku

*
Jika cinta tak lagi
Hadir di dunia
Akankah tercipta damai di duniaku

Bila tiada cinta
Akankah ku nyata
Semuanya nyata

Reff:
Jaga slalu cinta ini
Jangan pernah siakan
Karena cinta ini
Begitu indah

Repeat Reff:

Back to *, Reff:

**
Jagalah slalu
Jangan siakan
Begitu indah

Tuesday, August 19, 2008

iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri



Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :

1. Jangan sengaja lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah dan sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan dan kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat

Thursday, August 14, 2008

Cerita: cinta itu Buta.........hehehe

Cerita: cinta itu Buta.........hehehe

--------------------------------------------------------------------------------

Seorang lelaki buta memasuki sebuah retoran. Amin, pemilik restoran
berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. "Encik, saya
kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang
telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan menciumnya.
Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk dipesan," kata
lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan
berikannya kepada lelaki tersebut. "saya nak ikan patin masak asam, daging
goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta
itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para
pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi
dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah digunakan untuk makan menu
lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. "Bau sudu yang ini
sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dengan sayur
kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.

Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula
kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang pada
waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga
tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki
buta.

Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke
dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran itu.
Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati,garu sudu ni kat ketiak awak
tu."

Isterinya, Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut aja!" kata Yati ,tidak
paham. "alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas
Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh-gonyoh
sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk menunggu.

Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis.
Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...." Saya tak
sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?"
Muahahahhahahah. ...!!! kan cinta itu buta...

saja je nak kongsi cerita.hehe.jgn marah..wek2

Tuesday, August 12, 2008


Di bawah ini,
adalah senarai rekod penggunaan petrol / diesel,
bagi semua jenama kereta dan kapasiti enjin.

Setiap maklum balas yang baru,
akan dikemaskinikan pada mukasurat pertama ini.
Mari kita mulakan.
Kalau tak sempat uji,
tapi boleh bagi jawapan 1 kilometer = RM berapa,
kira dah ok.

================================================== =================

Purata Suasana Ujian: ---> tak uji pun takpelah
-kereta standard (tanpa alat penjimat minyak)
-jarak jauh (result di higway menetukan jangka jimat di dalam bandar)
-cuaca panas "jalan tar berhaba tinggi"
-air cond ---> kipas maksimum, suhu paling sejuk
-radio pun kasi on
-kereta full load ---> kalau boleh ada 4 orang dewasa + barang2 dapur
-jenama bahan api "1_CALTEX & 2_SHELL" sahaja ---> (rekod paling jauh)

* = sila bagitau sebelum dan selepas (kalau pasang alat penjimat)

================================================== =================
KERETA STANDARD ---> TANPA ALAT PENJIMAT

Harga Petrol 1 liter = RM 2.70

"Jenama PERODUA":
Model Kancil 0.85 cc, manual
---> Full Tank = RM 86.40
---> Full Tank = 32 liter
---> Full Tank = 615 kilometer = 32 liter = RM 86.40
---> 1 liter = 19.2 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.14 ++

"Jenama TOYOTA":
Model Vios 1.50 cc, automatic
---> Full Tank = RM 113.40
---> Full Tank = 42 liter
---> Full Tank = 680 kilometer = 42 liter = RM 113.40
---> 1 liter = 16.8 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.16 ++

"Jenama PERODUA":
Model Kancil 0.85 cc, automatic
---> Full Tank = RM 86.40
---> Full Tank = 32 liter
---> Full Tank = 508 kilometer = 32 liter = RM 86.40
---> 1 liter = 15.8 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.17 ++

"Jenama HYUNDAI":
Model ELANTRA X20, automatic
---> Full Tank = RM 143.10
---> Full Tank = 53 liter
---> Full Tank = 746 kilometer = 53 liter = RM 143.10
---> 1 liter = 14.2 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.19 ++

"Jenama ALFA ROMEO":
Model Twin Spark 2.00 cc, manual
---> Full Tank = RM 170.10
---> Full Tank = 63 liter
---> Full Tank = 895 kilometer = 63 liter = RM 170.10
---> 1 liter = 14.2 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.19 ++

"Jenama PERODUA":
Model My V 1.30 cc, manual
---> Full Tank = RM 108.00
---> Full Tank = 40 liter
---> Full Tank = 550 kilometer = 40.0 liter = RM 108.00
---> 1 liter = 13.5 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.20 ++

"Jenama ALFA ROMEO":
Model Boxer 1.70 cc, manual
---> Full Tank = RM 148.50
---> Full Tank = 55 liter
---> Full Tank = 707 kilometer = 55 liter = RM 148.50
---> 1 liter = 12.8 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.21 ++

"Jenama PERODUA":
Model Kembara tanpa DVVT 1.30 cc, automatic
---> Full Tank = RM 124.20
---> Full Tank = 46 liter
---> Full Tank = 530 kilometer = 46 liter = RM 124.20
---> 1 liter = 11.7 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.23 ++

"Jenama MERCEDEZ BENZ":
Model C200 2.00 cc, automatic
---> Full Tank = RM 175.50
---> Full Tank = 65 liter
---> Full Tank = 626 kilometer = 65 liter = RM 175.50
---> 1 liter = 9.6 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.28 ++

================================================== ===========================
KERETA STANDARD ---> DENGAN ALAT PENJIMAT

Harga Petrol 1 liter = RM 2.70

"Jenama PROTON":
Model Waja 1.60 cc, automatic
---> Full Tank = RM 162.00
---> Full Tank = 60 liter
---> Full Tank = 850 kilometer = 60 liter = RM 162.00
---> 1 liter = 14.1 kilometer ++
---> 1 kilometer = RM 0.19 ++

================================================== ===============

Sila updatekan prestasi kereta anda pula:
Format kemaskini seperti di atas,
tukar nilai pada warna merah aje,
jawapan yang jujur dapat menilai prestasi kereta anda sendiri,
dibandingkan dengan kereta orang lain.
Kereta paling mahal, lazimnya jimat,
kereta yang sedang2 mahal, adakalanya kuat makan minyak,
kereta murah pula jarak jauh jimat, jarak dekat rugi,
kereta MPV selalu makan minyak kuat,
nanti anda sendiri boleh menilai...

Tidak semestinya cc yang tinggi kuat makan minyak,
barangkali cc yang rendah masih tak dapat pecah rekod penjimatan oleh cc yang besar, ---> UNDI MINYAK
semua ni bergantung pada jenama dan teknologi pada model kereta tersebut.

Monday, August 11, 2008


BELAJAR MENYINTAI DIRI SENDIRI

Pernahkah kamu merasakan rasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri? Munghin kamu pernah, tetapi tidak perasan akan sikap buruk itu.

Untuk mengetahui jawapannya dengan tepat, perhatikan sahaja gelagat kamu bila setiap kali berada di hadapan cermin. Apakah reaksi kamu? Tentu ada sahaja perkara yang kamu rasakan tidak kena tentang diri kamu. Sekiranya, kamu bersikap begitu, bermakna kamu tidak menyintai diri sendiri. Kamu harus mengubah sikap buruk itu. Di sini ada boberapa cara yang boleh membantu kamu bagaimana untuk menyintai diri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.

Hentikan segala kritikan

Kritikan tidak akan mengubah sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri kamu sendiri. Setiap orang berubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri, perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri, perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri kamu.

Sokonglah diri sendiri

Cari jalan untuk menyokong diri sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.

Pujilah diri kamu

Kritikan meruntuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.

Jangan menakutkan diri sendiri

Berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.

Bersikap baik terhadap minda kamu

Membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.

Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar

Berlemah lembutlah terhadap diri sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang lain melayani kamu sedemikian rupa.

Usah membenci musuh-musuh kamu

Pujian yang kamu berikan kepada mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.

Ambil berat tentang kesihatan

Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.

Cermin diri

Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. "Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu."

REMAJA, 1-14 MAC 1996, M/S 63

Friday, August 8, 2008

tahyul


Aku timbang masa pergi farmasi itu hari. Naik lagi. Dekat 60 kilo kalau berpandukan mesin timbang jahanam tu. 60 kilo??? Perut aku dah mula boroi di skala kecil, tp kulit bawah dagu tak la berlipat-lipat.hahaha.dan perasaan malu tak tentu hala mula memuncak. Dahla aku ni tak rupawan.

Masa pinggang aku 28 inci dulu, perut aku tak macam ni. Berketak-ketak six pack. Sasa. Kau tanya pulak apa rutin aku masa tu? baik jgn tanya..Aku lupa..

Masa tu berat aku tak sampai 46 kilo. Mengalahkan berat budak pompuan sebaya aku. Aku riki secara diam berat diorang dalam report kad. Compare. Beza dekat 5 kilo. Masa rehat, stail makan diorang ialah nasi lemak separuh, mee goreng separuh. Wajib. Pastu makan kek lima kupang, milo ais bibik kantin, cokelat Cadbury beli kat seven E lagi. Haaa....

....

Aku saspek skala mesin timbang tu dah lari. Taukey farmasi tu bongok sangat, tak reti reti nak tukar baru.

Kalau tanya member member aku lagilah, semua tuduh berat dosa. Takde langsung jawapan yang menyedapkan telinga.

Cuba kira, kalau sehari aku produce sebakul dosa bersamaan 2 kilo (dulu double, 4 kilo lebih). Tolak makan berak semua, ada kemungkinan teori aku ni betul. Aku tak salahkan mapley kedai hujung sana buat kari sedap sedap sampai menjilat jari. Aku tak salahkan jugak makanan segera yang selalu tayang kat tv sana. Yang aku tau, kalau dah makannya sedap, aku beli. Takde duit lain cerita.

Awek aku selalu pesan "Makanlah banyak sikit, badan serupa papan. Tak macam lelaki langsung."

Ceh! Dia tak tau yang aku ni tulang besi urat dawai.

kata mereka


Bila bercinta, bukalah matamu seluas-luasnya. Tapi, bila sudah berumahtangga, tutuplah matamu serapat-rapatnya.

Berdiamlah atas setiap kekurangan isteri anda. Kerana kekurangnya itulah, dia tidak mendapat suami yang lebih baik dari kamu.

Cinta yang sejati; tidak akan berkurang dengan kesilapan dan tidak akan berlebihan dengan kebaikan. Dalam rumahtangga, yang perlu ada hanya rasa KASIHAN. Kerana rasa kasihan inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Tidak perlu ada rasa kasih, sayang atau cinta - Zami Ismail, Mingguan Wanita.

Saturday, August 2, 2008

Cinta Umpama Menunggu Bas



Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.
Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, "Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, "Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!


Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!


p/s: semua org sama je kalau kite pikir2 kan..cuma jgn terlampau memilih kesempurnaan..aku penah baca ada 1 lg artikel pasal ni..best gak..tp aku takmo paste skg..nanti korang baca byk sgt dlm 1 hari..hehe..nanti2 kan la eh..ok????????ok la..lain kali ye..daaa~

Friday, August 1, 2008

eksiden aku nampak td




pagi td...1 AUG 2008. dlm kul 10 lebih aku kuar dr umah(sbb ponteng keje,hehe) g ke Giant tmn conought nak tgk eksiden dgn lebih dekat..gile kentang la aku tgk..gerun. mcm mana la leh jd mcm tu..skg ni pun aku masih teruja lg la..tatau mcm mana nak express aku nye perasaan..huhu..xpe2.ni aku nak letak gambo..bior nampak ngan jelas la..kalau nak tau berita selanjut nye kene tgk berita mlm ni..ok beb??