Cerita: cinta itu Buta.........hehehe
--------------------------------------------------------------------------------
Seorang lelaki buta memasuki sebuah retoran. Amin, pemilik restoran
berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. "Encik, saya
kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang
telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan menciumnya.
Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk dipesan," kata
lelaki buta.
Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan
berikannya kepada lelaki tersebut. "saya nak ikan patin masak asam, daging
goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta
itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.
Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para
pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi
dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah digunakan untuk makan menu
lainnya.
Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. "Bau sudu yang ini
sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dengan sayur
kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.
Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula
kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang pada
waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga
tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki
buta.
Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke
dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran itu.
Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati,garu sudu ni kat ketiak awak
tu."
Isterinya, Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut aja!" kata Yati ,tidak
paham. "alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas
Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh-gonyoh
sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.
Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk menunggu.
Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis.
Mukanya berubah.
Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata...." Saya tak
sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?"
Muahahahhahahah. ...!!! kan cinta itu buta...
saja je nak kongsi cerita.hehe.jgn marah..wek2
No comments:
Post a Comment