Tuesday, December 13, 2022

Mula langkah di KLIA

Isnin, 12 Dec 2022

UMRAH KEMBARA TA'LIM (12 days 10 Nights) 

 Kami berkumpul di KLIA seawal jam 9 malam. Ada pelbagai checklist to-do selain urusan pendaftaran masuk bagasi dan penumpang jemaah umrah. Alhamdulillah semua nya lancar walau ada sedikit rushing semasa ke pintu gate 3, sebab solat isyak di surau tadi. Settle.


02:15 am  naik Saudi Airlines menjadi musafir ke Bumi Anbiya'. Perjalanan dari Agensi tetapkan kami akan berada 1 malam di Taif, kemudian 5 malam di Mekah kemudian 4 malam di Madinah. Mohon doakan perjalanan kami diberkati Allah.

Anak-anak tinggal dengan ibu baik-baik yaa.. Jangan gaduh kuat sangat. Abang jaga adik, adik jaga abang.. Princess? Tu biasa laa.. Odah kan Princess.. tugas dia lain. Haha.


Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya.

Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.

Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah.

Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

SV841 - 13DEC KUL-JED  02:15 am / 06:20 am
SV830 - 23DEC MED-KUL 22:15 pm / 11:50 am

No comments: