Wednesday, September 24, 2008

10 Perkara Yang Buat Lelaki Sedar



1. Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya.

2. Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan.

3. Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling.

4.Saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. Ketika inilah lelaki akan sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.

5. Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, "Sayang, aku cinta padamu..."

6. Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi perhatiannya.

7. Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda.

8. Saat wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, "Aku mencintaimu".

9. Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya.

10.Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doctor hanya kerana dia mengadu sakit.

Tuesday, September 23, 2008

sengal..


Bertambah sengal,,

Buat aku geram,,,

Buat aku marah,,

Sengal,,,

Sengal,,,

Sengal,,





Bukan aku yang sengal,,,tapi line tenet kat opis nih,,

makin slow,,

slow,,,

slow,,,

slow,,





akhirnya aku langsung tak boleh online,,huhuhu,,


buat jiwa aku meronta nak online,,,

buat hati aku sakit sebab tak dapat online,,,

rasa cam nak tembak ngan meriam buluh jer tenet nih,,,

Takut kena tembak,,hari nih dia bagi aku online,,,

Naib baik,,kalau tidak berkecai aku tembak,,,


Hari nih 23hb September 2008,,dah 23 hari kita berpuasa,,

Esok 24hb September 2008,,,erkkk,,24¿¿¿,,ada apa dengan 24,,¿¿

Aku tak sabar tunggu 24hb nih,,,akhirnya datang juga,,


nak tau sebab apa¿¿

jeeng..jeng..jeng..ada training la.hahaha..ngantok2..mau tido dlm training.hahahaha =)

Thursday, September 11, 2008

UNTUK BERJAYA MILIKI 7 KEMAHIRAN INI

Dunia pekerjaan seperti juga perniagaan ada pasang surut kerana ia banyak bergantung kepada prestasi syarikat. Ada ketikanya graduan-graduan universiti tidak perlu memohon pekerjaan kerana peluang sentiasa menanti. Dan ada ketikanya terutama semasa negara dilanda kemelesetan ekonomi pertengahan 1980-an lalu, graduan yang baru menerima ijazah terpaksa berpuas hati dengan gali lebih rendah daripada sepatutnya.

Kini di era Internet, peluang pekerjaan tidak dinafikan semakin banyak dan luas, begitu juga dengan persaingan bukan sahaja di antara syarikat-syarikat yang berlumba-lumba merebut peluang perniagaan tetapi juga di kalangan kakitangan.

Pekeria yang banyak pengalaman mempunyai lebih banyak peluang dan mampu 'demand' untuk mendapatkan gaji yang tinggi.

Oleh itu setiap pekeria di sektor swasta perlu sentiasa bersedia dan tidak berkira untuk menambah pengalaman dan pengetahuan kerana dengan cara ini mereka boleh dan mampu bersaing secara sihat untuk terus naik setiap anak tangga kejayaan. Ingat setiap tingkah laku, penampilan dan pergerakan anda di pejabat tidak kira bidang apa yang diceburi akan menjadi perhatian dan secara tidak langsung menggambarkan imej syarikat.

Tujuh kemahiran di bawah ini bukan sahaja akan membuka peluang yang luas untuk anda meningkat ke tahap lebih tinggi dari jawatan sekarang tetapi juga membolehkan anda bertukar ke profesyen lain dengan lebih mudah.

1. Suara yang meyakinkan

Kebanyakan tugas hari ini memerlukan kemahiran berkomunikasi terutama melalui telefon. Ada ketikanya dengan hanya satu panggilan, tugas kita mudah diselesaikan dengan jayanya. Ini bermakna suara yang dibuat menerusi panggilan telefon berjaya meyakinkan pihak yang berurusan dengan kita.

Seperti kata penulis buku Winning With Your Voice, Morton Cooper, H kira-kira 80 peratus daripada komunikasi harian bergantung kepada suara. Kebanyakan kita menjual suara untuk menjalin perhubungan terutama dalam perniagaan.

Percakapan yang kurang jelas melalui telefon akan mengurangkan keyakinan pihak yang satu lagi membuatkan mereka mendapat gambaran negatif terhadap kita sehingga mereka bertemu empat mata dengan kita.

Bagaimana caranya untuk memperbaiki pertuturan? Nancy Friedman, pemilik dan presiden apa yang dipanggil Doktor Telefon di Saint Louis mencadangkan agar berlatih sendiri untuk memperbaiki cara pertuturan. Caranya mudah, letakkan cermin kecil di atas meja supaya anda dapat melihat sama ada anda tersenyum atau tidak ketika mengangkat gagang telefon. Apabila tersenyum, suara akan lebih meyakin, seolah-oleh orang yang kita hubungi dapat'mendengar' kita tersenyum.

Cara pertuturan amat penting. Apa jua profesyen kita sama ada wartawan, penerbit, eksekutif jualan malahan mereka yang bekeria sendiri juga memerlukan keyakinan diri untuk meyakinkan orang lain.

2. Pena yang tajam

Kemampuan bercakap dengan baik hanyalah salah satu daripada kemahiran berkomunikasi kerana penulisan yang tersusun dan lancar juga mempunyai peranan penting.

Apabila memohon sesuatu pekerjaan, pastikan surat permohonan dibuat dengan tersusun memberitahu bagaimana tugas yang dipohon dan diri anda adalah gandingan sepadan. Mungkin ramai berpendapat kurang kemahiran berbahasa Inggeris membuatkan mereka tidak yakin untuk menulis surat permohonan keria. Sebenarnya kemahiran ini boleh dipelajari melalui kursus atau buku-buku di samping melihat surat permohonan rakan-rakan yang telah beriaya dalam permohonan mereka.

3. Luahan idea

Jangan takut untuk memberi idea. Tidak semestinya setiap idea yang datang daripada ketua boleh dan sesuai digunakan dan tidak selalu idea yang dihasilkan oleh pekeria tidak berfaedah.

Perkembangan teknologi begitu pesat kini sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang diperkenalkan. Bukan hanya melalui media elektronik, malahan melalui media cetak banyak perkara baru boleh dijadikan panduan untuk memberikan idea yang boleh digunakan dalam tugas seharian.

Ini bermakna setiap pekeria perlu peka dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku bukan hanya di sekitar mereka tetapi juga di seluruh dunia.

Semakin banyak kita sedar dan peka mengenai tren semasa, semakin banyak idea yang boleh dikembangkan dan semakin luas peluang kita dalam dunia pekerjaan.

4. Pengetahuan teknologi

Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan berbanding lelaki, wanita lebih bimbang terhadap perkembangan teknologi terutama komputer.

Kemahiran teknikal adalah penting dalam menjalani kehidupan dalam dunia pekerjaan yang semakin kalut berkejar dengan penggunaan teknologi terkini. Tanpa pengetahuan ini, ramai yang akan ketinggalan. Usah malu untuk bertanya dan mempelajari sekiranya tidak tahu. Walaupun tugas harian tidak memerlukan penggunaan komputer, tetapi adalah lebih menguntungkan jika kita mempelajarinya atas inisiatif sendiri.

5. Tingkatkan pendapatan syarikat

Dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, majikan akan bertanyakan sumbangan yang boleh diberikan kepada syarikat. Walaupun jawapan yang diberikan "saya akan cuba me" ningkatkan jualan, meningkatkan pendapatan syarikat dan sebagainya namun ia masih belum mencukupi.

Pekerja yang beriaya membawa hasil yang banyak kepada syarikat akan sentiasa disanjung tinggi dan menjadi aset kepada syarikat tersebut.

Oleh itu anda perlu ada keyakinan diri untuk meyakinkan syarikat tempat anda memohon pekerjaan bahawa anda mampu membawa peluang perniagaan yang besar kepada syarikat berkenaan.

6. Luaskan rangkaian

Alat yang penting dalam mengembangkan karier adalah rangkaian yang pelbagai. Tetapi ia tidak bermakna hanya menghadiri majlis sosial, bertukar-tukar kad perniagaan dengan kenalan baru atau sering berbual melalui telefon.

Yang penting selepas setiap pertemuan, anda perlu berhubungan selalu bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan nasihat dan maklumat yang diperlukan.

Kita sering bertemu ramai orang dari pelbagai bidang, tetapi jika kita tidak sering berhubungan walaupun sekadar bertanya khabar, rangkaian hubungan kita tidak akan meluas. Ia akan hanya menjadi sekadar kenangan dalam pertemuan. Rangkaian adalah kritikal untuk pengurusan karier kerana ahli-ahli perniagqan hanya akan berurusan dengan orang yang mereka kenal dan boleh dipercayai.

Kunci utama mengembangkan rangkaian kita ialah dengan mengadakan perhubungan yang pelbagai. Sertai pertubuhan-pertubuhan sosial, pertubuhan profesional, kelab-kelab dan tidak ketinggalan mereka yang ditemui ketika beriadah di kelab atau bersiar-siar di taman.

Kejayaan dalam pekeriaan dan perniagaan bukan sahaja bergantung kepada siapa yang kita kenali tetapi juga siapa yang mengenali kita.

7. Susulan

Apabila memulakan sesuatu tugas, kita hendaklah sentiasa memastikan tindakan susulan dibuat segera. Tidak kurang yang bersemangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu tetapi kemudiannya dibiarkan begitu sahaja tanpa susulan lanjut membuatkan segalanya gagal.

Ada juga yang menghantar permohonan pekerjaan tetapi tidak mengambil inisiatif untuk membuat panggilan telefon bertanyakan mengenai pemohonannya. Ini menunjukkan dari awal lagi individu ini tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya.

NONA, JULAI 1996, M/S 166 & 168

PETUA NAK TAHAN LAMA

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo........
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.




KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.Tak pun hisap rokok kawan.rokok sendiri simpan.hehe

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...

Tuesday, September 9, 2008

tips melajukan firefox

Mozilla Firefox - juga dipanggil 'Firefox' - secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.

Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain?


Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain - Internet Explorer pun boleh - tanpa perlu menghadi sebarang masalah.

Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan.

"Ok" anda jawab, "Saya malas...kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox - kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?"

Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, Tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tamabahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di'customize' dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer.

Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia meruapan aplikasisumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang 'vulnerability' yang ingin 'exploit' secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang.

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.
- Credit to Tok_Aslim.

kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpai nt.delay ............ .. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya. .. cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http. pipelining
network.http. proxy.pipelining
network.http. pipelining. maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http. pipelining - true
network.http. proxy.pipelining - true
network.http. pipelining. maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpai nt.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba..... .

tips meraih ketenangan

Assalamualaikum. ..

Sejumlah orang-orang bijak pandai menggantungkan tiga buah papan berharga di pejabatnya.Pada tiap-tiap papan tersebut tertulis kata-kata mutiara yang sangat berharga.

Pada papan pertama tertulis "Hari anda adalah sekarang, hari anda adalah sekarang" yang ertinya, hiduplah anda dalam batas-batas hari ini saja.

Papan kedua bertuliskan "Fikirkanlahdan bersyukurlah" Maksudnya, fikirkan tentang nikmat Allah itu, kemudian syukurilah.

Papan ketiga bertuliskan "Jangan marah".

Ketiga-tiga papan ini merupakan tiga nasihat yang akan menghantarkan anda kepada kebahagiaan melalui cara yang paling singkat dan mudah. Kerana itu, sudah selayaknya bagi anda untuk menuliskannya pada buku harian anda agar anda dapat menbacanya setiap hari.

Renungan: Pertimbangan bijaksana, mengapa jalan keluar dikaitkan dengan tekanan dan kemudahan dikaitkandengan kesulitan adalah ketika tekanan dan kesulitan itu telah semakin besar dan mencapaipuncaknya, dan seorang hamba sudah mulai putus asa untuk dapat keluar dari tekanan dan kesulitanitu sehinggakan dengan cara meminta bantuan orang lain, maka saat itulah hamba itu benar-benarbergantung sepenuhnya kepada Allah. Inilah hakikat tawakkal itu.

Demikian juga dengan orang mu'min, jika jalan keluar itu tidak kunjung tiba, dan dia telah putus asakerana setelah banyak berdoa dan merendah di hadapanNya, belum juga tampak tanda-tanda akan dikabulkan, maka dia akan memaki dirinya seraya berkata "Saya diberi melalui dirimu, maka jikadalam dirimu ada kebaikan pasti akan engkau kabulkan permintaanku" .

Cara mencela kepada diri seperti ini lebih disukai oleh Allah daripada ketaatan itu sendiri. Sebab perasaan rendah diri seperti itu akan menghantarkan seorang hamba kepada Tuhannya dan akan memunculkan pengakuannya di hadapanNya bahawa dia memang selayaknya untuk mendapatkan cubaan ini dan bahawa doanya tidak selayaknya untuk dikabulkan. Perasaan rendah diri seperti itu kemudian akan membukakan jalan keluar dan pengabulan doa.

Ibrahim bin Adham, si penzuhud itu, mengatakan "Kami berada dalam kehidupan yang seandainyapara raja mengetahuinya, pasti mereka akan menghunuskan kami dengan pedang mereka" Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah juga pernah mengatakan "Ada saat-saat di hatiku ketika aku mengatakan "Jika penduduk syurga merasakan apa yang aku rasakan, itu ertinya mereka hidupdalam kebahagiaan" .



Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan) Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.

Lailatul qadar..

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.



"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.





Selamat Berpuasa kepada Rakan2 ku semua.....sempena Ramadhan mubarak ini, ku mohon Maaf segala kekhilafan ku selama ini...jgn lupa posa jangan tuang plak...

hehehehe

Tuesday, September 2, 2008

mengapa perlu kawin??

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

*****

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan. .


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami) .

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang. (Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan) .

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata : "RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri. (Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).


Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti : "Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.

Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)

bagaimanakah lelaki sejati itu?


Aku bertanya pd diri ku..then last2 aku dpt jwpn nye kat internet..ni ha,
baca la weh.. =)

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya. ...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran... ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya. ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.......